Kejatuhan Hosni Mubarak, Presiden Mesir baru-baru ini merupakan kejadian yang paling menarik untuk permulaan tahun 2011. Begitu juga kejatuhan Presiden Tunisia sebelum itu, juga berlaku pada tahun 2011.

Peristiwa ini sekurang-kurangnya membuka mata para pemimpin dunia yang lain, terutamanya bagi mereka yang dah terlalu lama memerintah. Tentu soalan yang berligar ligat dalam kepala mereka adalah, apakah rakyat mereka sedang berbuat sesuatu untuk menghumban mereka sama seperti pemimpin Tunisia dan juga Mesir.

Siapapun tak sangka yang rakyat Tunisia akan bangun, begitu juga siapa sangka Mubarak akan merudum. Tahun-tahun sebelum ini banyak laporan dari penganalisis politik Amerika menyatakan tak mungkin Mubarak akan jatuh, Mesir berjaya dikawal dengan baik oleh Mubarak. Begitu juga Tunisia, mereka katakan ia sebuah negara yang amat stabil dan cara pemerintahan di sana membuatkan rakyatnya tidak bangun menentang.

Kejatuhan demi kejatuhan pemimpin mereka membuatkan ramai yang berkata sekarang cakap-cakap serta analisis para pakar adalah mengarut dan tak boleh didengar. Ya!, tak ada siapa yang tahu masa depan, itu adalah satu kepastian, jadi jangan percaya pada sesiapa walaupun dia amat pakar.

Mari kita lihat senarai pemimpin yang sudah pasti tak sedap tidur sekarang ini kerana dah terlalu lama duduk di atas singgahsana.

Nama Pemimpin Negara Memerintah sejak

1. Sultan Hassanal Bolkiah. Brunei 1967
2. Colonel Muammar Gaddafi Libya 1969
3. Sultan Qaboos bin Said al Said Oman 1970
4. Prime Minister Khalifa ibn Salman Al Khalifa Bahrain 1970
5. President Jos. Angola 1979
6. President Teodoro Obiang Nguema Mbasogo Equatorial Guinea 1979
7. President Paul Biya Cameroon 1982
8. King Mswati III Swaziland 1986
9. President Yoweri Museveni Uganda 1986
10. President Blaise Compaor Burkina Faso 1987
11. President Robert Mugabe Zimbabwe 1987
12. Prince Hans Adam II Liechtenstein 1989
13. Bashir Omar al Sudan 1989
14. Supreme Leader Ali Khamenei Iran 1989
15. President Ali Abdullah Saleh Yemen 1990
16. President Idriss D Chad 1990
17. President Islam Karimov Uzbekistan 1990
18. President Nursultan Nazarbayev Kazakhstan 1990
19. President Isaias Afewerki Eritrea 1991
20. President Emomalii Rahmon Tajikistan 1992
21. Chairman Kim Jong-il Korea, North 1993
22. President Alexander Lukashenko Belarus 1994
23. President Yahya Jammeh Gambia, 1994
24. Emir Hamad bin Khalifa Al Thani Qatar 1995
25. Prime Minister Denzil Douglas Saint Kitts and Nevis 1995

Gekko: Nik Aziz pun dah lama sangat dah perintah Kelantan tapi tiada apa yang boleh dibanggakan disana. Kotor dah pasti, mundur selalu… Kalau tidak masakan ramai anak Kelantan di negeri lain cari perkerjaan.