anwar-fr-jeff-ooiAnwar Ibrahim

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti menjadikan Umno lebih agresif merancang berbagai usaha buruk untuk memenuhi dendam mereka.

“Awasi usaha Umno akan datang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat termasuk melaga-lagakan kepimpinan gabungan ketiga-tiga parti,”

Kenapa Anwar perlu takut? Setelah menang besar di Penati dan mengatakan bahawa rakyat menyokong PKR sepenuhnya di Penanti walaupun peratus yang keluar mengundi hanya 46%.

Sekiranya rakyat mahu mengajar pihak kerajaan maka peratusan yang keluar haruslah lebih tinggi dari sebelumnya.

Belum apa-apa lagi Anwar dah bersedia dengan cerita-cerita yang akan direka sekiranya calon Pakatan kalah di Manek Urai. Semua salah… hanya dia saja yang betul dan bersih. Adakah itu keadilan namanya? Beliau mengatakan bahawa UMNO akan lebih agresif di Manek Urai. Bila BN letak calon di Penanti? Mestilah BN agresif sebab mereka bertanding di Manek Urai.

“Mereka akan lakukan apa saja…” Apa maksud Anwar? Bukankah PKR akan lakukan apa sahaja untuk berkuasa dan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia? Ini termasuklah Hikayat 16 September dan sebagainya. Rakyat boleh membuat penilaian sendiri mana kaca dan mana permata. Cukup-cukuplah tu Anwar…


Gekko: Yang baik semuanya Pakatan, yang tak baik semuanya BN tapi nama parti KEADILAN…Hahaha