Oil Drum Stuffed With MoneyHarga minyak mentah melonjak di dagangan Asia, ke paras tertinggi untuk tempoh enam bulan ekoran kejatuhan besar simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Kontrak utama New York, minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Julai kepada AS$65.93 (RM228.86) setong.

Minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Julai pula meningkat AS$0.23 (RM0.80) kepada AS$64.62 (RM226.17).

Semasa dagangan AS semalam, minyak mentah New York melonjak sehingga paras AS$65.35 (RM228.72) sebelum ditutup pada paras AS$65.08 (RM227.78), paras penutup tertinggi sejak 4 November tahun lalu.

Minyak mentah melonjak dalam beberapa hari lalu ekoran keyakinan terhadap permintaan tenaga akan meningkat dengan harapan ekonomi AS kembali pulih.

”Pasaran minyak mentah berada dalam keyakinan bahawa kemelesetan terburuk telah berlalu,” kata Mike Fitzpatrik dari MF Global.

Keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC), akan mengekalkan pengeluaran pada paras 24.84 juta tong sehari, walaupun lebihan minyak mentah menunjukkan keyakinan pertubuhan terhadap permintaan minyak yang akan meningkat, kata penganalisis.

”Terdapat kepercayaan di dalam pertubuhan, bahawa kemelesetan ekonomi telah berlalu, dan pemulihan telah bermula,” kata David Kirsch dari PFC Energy. – AFP

-Utusan Malaysia-

 

Gekko: Kalau la minyak terpaksa dinaikkan lagi sudah pasti semuanya naik. Tiba masanya kerajaan kita bertindak sebelum ia meningkat naik lagi.