31PutrajayaKebelakangan ini kita dapa lihat pilihanraya kecil makin kerap berlaku. Saya merasakan selepas PRU 12 tempoh hari kita melalui sesuatu peristiwa yang tidak pernah atau jarang berlaku sebelum ini. Adakah ini strategi yang sedang diusahakan oleh pihak pembangkang bagi terus menerus mendapat perhatian dari rakyat. Mungkin pada peringkat awal rakyat memberikan perhatian tetapi lama kelamaan rakyat mula bosan. Bosan dengan cerita yang dijajakan, bosan dengan janji yang tinggi menggunung malah bosan dengan ketidakstabilan politik yang berterusan.

Di saat Negara menghadapi masalah kelembapan ekonomi yang melanda dunia dan diberatkan dengan epedemik selsema babi adakan pihak kerajaan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini disamping permainan politik yang sedang berlaku? Apa yang rakyat sedang fikirkan dan inginkan dari pihak kerajaan sedangkan pihak pembangkang berterusan mencetuskan ketidakstabilan.

Apabila kelembapan ekonomi berlaku maka para perlabur asing mula gulung tikar dan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia. Perkerja-perkerja kilang mula hilang perkerjaan dan punca pendapatan mereka. Jenayah akan meningkat disebabkan tekanan hidup oleh mereka yang hilang punca pendapatan. Isu mat rempit mula menjadi-jadi dan rakyat mula berasa tidak selamat dan pihak kerajaan juga yang disalahkan.

Persoalannya, mampukah pihak kerajaan menghadapi cabaran ini dan berjaya menempuhinya?