Economy

Peminjam akan nikmati pembayaran balik pinjaman lebih rendah

951562888_1e165ce468Pemimjam dengan bank -bank komersial tempatan berpeluang membayar balik pinjaman mereka pada jumlah ansuran lebih rendah berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, berikutan pengurangan penanda aras utama kadar faedah, bank-bank berkenaan akan menurunkan lagi kadar BLR mereka, dengan kadar terbaru akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, langkah itu diambil berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, yang mengurangkan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus daripada 2.50 peratus.

BNM sebelum ini telah mengumumkan penurunan kadar OPR pada November dan Januari lalu.

ABM berkata, penurunan dalam kadar bayaran balik pinjaman bulanan bertujuan memberi dorongan tambahan kepada pengurangan BLR selari dengan penurunan OPR.

”Dengan pengurangan BLR, pihak bank mempunyai pilihan sama ada mengekalkan tempoh pinjaman dan mengurangkan bayaran balik pinjaman bulanan atau memendekkan tempoh pinjaman dan mengekalkan kadar bayaran balik pinjaman pelanggan.

”Pilihan pertama akan memberikan kesan dan manfaat terus serta simpanan pelanggan bank dengan kemudahan BLR yang dikekalkan,” katanya.

Perubahan sistem adalah perlu dan bank-bank perlu menyemak semula jumlah pembayaran balik pinjaman secepat mungkin.

”Perubahan itu, berdasarkan asas pelanggan dan jenis kemudahan, dijangkakan penurunan kadar itu akan bermula pada penghujung suku pertama tahun ini.2005_2_21_11maybank

”Pihak bank akan memberitahu pelanggan mereka jumlah penurunan dan tarikh berkuatkuasa penurunan kadar pembayaran balik pinjaman itu. Pelanggan yang ingin mengekalkan jumlah ansuran pinjaman mereka perlu memberitahu pihak bank mereka,” jelasnya.

Penurunan kadar bayaran balik pinjaman akan membolehkan lebih banyak pendapatan boleh guna kepada orang ramai, dan ABM menggalakkan ahli mereka untuk menunjukkan komitmen dalam memenuhi kehendak pelanggan mereka.

Sumber: Utusan Maaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s