Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman, kira-kira pukul 4.52 petang ini. – Utusan.