Saya berpeluang menghadiri wacana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada malam tadi yang membawa tajuk “Transformasi Politik Malaysia”.kj-wacana-127

Nyata Khairy Jamaluddin adalah seorang pemimpin muda yang berani. Beliau datang ke kubu kuat pembangkang walaupun sudah pasti bahawa majoriti mereka yang hadir merupakan penyokong PAS.

Husam memulakan dengan menggunakan sindiran peribadi kepada KJ bagi memenangi hati penyokong PAS yang hadir. Laungan “Allahuakbar” bergema setiap kali Husam bersuara. Tetapi sekiranya di amati dengan teliti tiada satu hujah yang disuarakan mampu membuat Khairy goyang atau gelabah. Tetapi apa yang saya nampak Husam mula goyang apabila segara persoalan dijawab oleh Khairy satu persatu dengan penuh bersemangat dan jitu.

Beliau merupakan Naib Presiden PAS dan Khairy pada awalnya hanya dilihat sebagai budak mentah yang bernaung dibawah sebuah parti bapa mertuanya yang bernama UMNO.

 kj-wacana-186

Sangkaan beliau nyata meleset dan apabila ini berlaku maka banyak huajah beliau mula berulang-ulang dan mula tidak menjawab soalan yang diajukan. Beliau mula “emotional” apabila beberapa kerat penyokong UMNO yang hadir mula bersuara dan beliau mula memanggil mereka naik ke pentas. Ini nyata satu sikap keanak-anakan dan tidak sepatutnya ada pada diri seorang pemimpin.

 

Pada mulanya setiap kali Khairy bercakap timbul suara-suara sumbang dari bawah pentas. Namun setelah beberapa ketika saya lihat hadirin yang hadir mula memberi perhatian dan mendengar hujah dan pandangan yang disampaikan oleh Khairy. Beliau tidak emotional dan hanya tersenyum apabila disindir oleh Husam. Husam pula yang sebaliknya mula resah gelisah apabila strategi beliau bagi memalukan Khairy nyata gagal dilaksanakan. Walaupun dibantu oleh ahli akedemik yang sepatutnya berlaku adil kepada ahli panel. Saya kagum dengan cara saudara Khairy menjawab soalan berlandaskan fakta tanpa perlu berlari-lari sebelum menjawab soalan yang diajukan seperti Husam.kj-wacana-158

Kesimpulan yang saya perolehi pada malam tadi ialah ternyata debat atau wacana sebegini mampu memberi gambaran yang sebenar mengenai ketokohan seseorang pemimpin atau bakal pemimpin itu. Hanya mereka yang hadir mampu menilai seadil-adilnya siapa yang menang pada malam tadi. Ternyata seorang pemimpin muda telah mendapat perhatian dan dikagumi pada majlis itu dan ianya bukan dari sebuah parti politik yang bernama PAS.