Kita sedia maklum masalah yang melanda Amerika Syarikat dimana masalah kredit mula memberikan kesan kepada ekonomi mereka. Saya berpendapat ianya adalah disebabkan oleh struktur sistem kewangan mereka yang sejak sekian lama penuh dengan kepincangan. Masalah mula timbul apabila pinjaman mudah diberikan kepada rakyat Amerika bagi membeli hartanah. Maka permintaan terhadap hartanah mula melonjak naik dengan mendadak. Namun begitu apabila peminjam-peminjam ini gagal melunaskan pinjaman maka kebanjiran hartanah-hartanah yang dilelong oleh pihak bank mula memenuhi pasaran. Tetapi malangnya disebabkan amat ramai sekali yang cuba menjual hartanah mereka maka harga jatuh meredum dan tiada siapa yang mahu membeli. Itulah yang berlaku di Amerika Syarikat di kala ini.

 

pavilion-kl-01

Di Malaysia, kita tidak pula menghadapi masalah sedemikian disebabkan sistem pinjaman kita agak ketat kerana Bank Negara menggunakan sistem CRISS dimana setiap peminjam itu akan dinilai sebelum pinjaman diberikan. Namun begitu saya melihat kadar yang dikenakan terhadap peminjam agak tinggi, lebih-lebih lagi pada pemegang-pemegang kad kredit. 18% setahun, ianya agak tinggi dan dimasa kerajaan berharap pengguna berbelanja bagi mengukuhkan ekonomi negara. Ini merupakan salah satu perkara yang harus dipantau oleh Kerajaan dimana di sektor ini saya lihat ianya merupakan berat sebelah dan tidak adil kepada pengguna. Pihak bank mengenakan “charge” yang membebankan kepada pengguna. Janganlah tunggu sehingga ramai yang teraniaya baru nak bertindak. Lihat sahaja berapa ramai graduan yang baru berkerja dan telah dibebani dengan hutang kad kredit. Mereka tidak diberi pendedahan yang sewajarnya impak yang akan menimpa mereka sekiranya gagal membuat pembayaran. Saya juga mepunyai rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama kerana tidak faham dengan sepenuhnya masalah-masalah yang timbul apabila gagal membuat pembayaran. Maka makin ramailah pemuda-pemuda kita yang diistiharkan MUFLIS seawal umur 30 tahun. Adakah ini pencapaian yang harus dibanggakan? Kebanyakan dari mereka ini merupakan pemuda-pemuda Melayu yang baru menceburi bidang perkerjaan.

 

credit_cards

Pihak bank juga dilihat menggunakan tipu muslihat bagi memerangkap mereka ini. Berbagi-bagi promosi dilakukan bagi mendapatkan “target” dan kadangkala ianya melampau sehingga ada yang sampai tahap memaksa pengguna bagi mendapatkan kad kredit mereka.

Saya berharap pihak Kerajaan dan Bank Negara melihat perkara ini dengan lebih serius sebelum nasi menjadi bubur.

Pemuda Perihatin