Saya ada terbaca kenyataan daripada Datuk Seri Dr. Khir Toyo dan Mukhriz Mahatir bahawa sekiranya mereka berjaya menang dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda Malaysia mereka tidak mahu dilantik menjadi Menteri.Kenapa tak nak jadi Menteri? Oh, sebab nak kuatkan Pemuda, nak menang kembali 5 negeri yang hilang dan sebagainya. Orang yang tak menang lagi boleh la. Kalau boleh langit dan bulan juga akan diberi.

Pendapat saya mengenai hal ini adalah sebagai sayap UMNO yang memperjuangkan hak dan aspirasi golongan muda maka wajarlah kita mempunyai seorang menteri di kalangan PEMUDA. Ini merupakan salah satu saluran bagi memastikan suara PEMUDA dapat didengar dan dibawa keatas. Sekarang bukan zaman pergerakan NGO dan terpekik terlolong dan menjadi pendesak. Kalau tahun 70an dan 80an boleh la.

Saya lihat singkat betul permikiran kedua-dua calon ini. Adakah mereka akan berjaya membawa PEMUDA ke demensi baru dengan hanya berbekalkan keberanian?

Adakah kenyataan-kenyataan mereka ini merujuk kepada Hishamuddin? Atau Khir dan Mukhriz menyindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menerima perlantikan menjadi Menteri, ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyebabkan Umno lemah?

krizz

 

Mukhriz pula tak sudah-sudah mengatakan bahawa PEMUDA harus bergerak secara NGO. Hai Mukhriz adakah itu merupakan cara anda yang mengatakan anda berani. Kalau berani setakat ke NGO saja baik tak payah. PEMUDA harus mempunyai bakal ketua yang bukan sekadar berani tetapi berilmu.

Memetik kata-kata Mukhriz ketika mengatakan dia tidak mahu menjadi Menteri kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Kalau bukan Menteri macam mana nak jadi pemimpin kepada rakyat. Jadi pemimpin kepada PEMUDA saja la.

Dr. Mohamad Khir pula mengatakan, Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan. “Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu,”.

Masa jadi Menteri Besar Selangor dulu tak ada masa ke turun ke bawah? Halangan apa yang dimaksudkan? Panas? Hujan? Adakah itu halangannya? Jangan lah bagi alasan yang tak masuk akal.

Harapan saya janganlah kenyataan-kenyataan ini dijadikan modal bagi merebut hati para perwakilan atau dengan niat bagi melabel Khiry Jamaluddin sebagai seorang pemimpin yang dahagakan kuasa. Tugas PEMUDA sekarang ialah bagi MEMPERKASAKAN PEMUDA dan bukannya MELEMAHKANNYA. Janganlah hilangkan KUASA yang ada pada PEMUDA. 

PEMUDA ADALAH HARAPAN BANGSA