kjSebut saja nama Khairy Jamaluddin maka terbayanglah keangkuhan dan kesombongan dimata mereka yang tidak mengenali beliau. Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia ini sering dikatakan hanya menggunakan pegawai-pegawainya di Rembau bagi memantau kawasan Parlimen Rembau dan jarang sekali melawat kawasan. Dia dikatakan tidak akan turun melawat kawasan kampung atau sekolah yang jauh dipendalaman. Tomahan serta fitnah seperti beliau menggunakan “helicopter” bagi membuat tinjauan juga pernah kedengaran.

 

Beliau dikatakan kekok bila bersama orang bawahan dan rakyat biasa. Orang bangsawan mana boleh turun kebawah dan duduk semeja. Benarkah segala tuduhan ini? Mengapa semua ini berlaku? Adakah ini disebabkan tiada liputan media mengenai bantuan dan lawatan yang Khairy lakukan  maka timbulah cerita-cerita yang sedemikian terhadap beliau.

 

Seorang rakan yang berkerja di Pejabat Parlimen Rembau telah menghantar beberapa keping gambar Khairy semasa beliau membuat lawatan pagi tadi. Saya bertanyakan benarkah tuduhan-tuduhan mengenai YB muda kita ini. Beliau mengatakan bahawa YB telah banyak membuat lawatan mingguan ke Rembau dan tidak pernah sekalipun beliau datang mengguanakan “helicopter”. Hanya berkereta dalam kumpulan yang kecil bagi memastikan penduduk tidak berasa segan dengan beliau.

 

Nyata segala tuduhan itu merupakan cara dan strategi pihak lawan bagi mengatakan bahawa Khairy ini sombong dan bongkak serta tidak mesra bersama rakyat akar-umbi yang berada di bawah. Biarlah gambar-gambar ini memberikan jawapan yang sebenar.

Kadangkala, kita tidak perlu melaungkan dan mengatakan kita adalah pemimpin yang memahami akar-umbi kerana sesuatu perkara itu kadangkala tidak perlu diperkatakan. Lihat dengan hati anda pasti mengerti.

 

semerbok-2

 

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangasaan Semerbok, Rembau

Hari Kecemerlangan ini diadakan adalah untuk memberikan hadiah kecemerlangan kepada murid-murid cemerlang di sekolah tersebut. Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian KJ melapangkan masa untuk hadir ke sekolah tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah tersebut memerlukan perhatian yang sewajarnya kerana masalah kelas pembelajaran yang kurang sempurna dan bangunan sekolah yang ada mempunyai kemudahan yang kurang sempurna.

 

semerbok-7
Kj dalam ucapannya memaklumkan bahawa aspek kecemerlangan pendidikan menjadi keutamaan beliau di Parlimen Rembau. Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anak-anak mereka. Peluang yang sama rata untuk pelajar-pelajar luar bandar juga dipertahankan bagi memastikan semua pelajar mempunyai peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya pelajar kampung.

semserbok-10

 

semsebok-8

Bersama tenaga pengajar yang tidak pernah jemu menabur bakti.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang oleh KJ.