kj-rembau_3981 

Masih adakah kesetian itu didalam jiwa dan sanubari bangsa yang bernama Melayu. Mungkin ada yang akan berkata, budaya dan pegangan hidup ini sentiasa mengalir didalam darah mereka. Lihat sahaja kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan Melaka tetapi bagaimana pula kesetiaan Hang Jebat pada Hang Tuah. UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu salah satu contoh yang terbaik. Saya hairan? Sebut sahaja UMNO rasuah dan politik wang merupakan salah satu perkara yang sering diperkatakan. Mengapa dan kenapa bangsa Melayu itu sendiri dinilai sebegitu rupa. Benarkah segala tomahan dan tuduhan yang dilemparkan? Tiada lagikah perjuangan yang sebenar? Benarkah bangsaku ini sudah boleh dinilai dengan ringgit dan sen. Terlalu banyak persolan yang perlu dijawab. Terlalu banyak perkara yang perlu dirungkai. Malah pada pemilihan UMNO kali ini juga ianya terus menjadi topik hangat dari kedai-kedai kopi ditepi jalan sehingga ke restoran-restoran lima bintang.

 

Saya bukanlah ingin menuduh mana-mana pihak yang bertanding pada pemilihan kali ini. Namun begitu saya amat berharap mereka yang terpilih bukanlah disebabkan wang tetapi kerana perjuangan dan nilai perjuangan yang ingin dibawa. Saya pasti ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah namun ianya harus dilaksanakan.

 

kj-rembau_3953

 

 

ggd

(Hero Mukhriz di Rembau)

 

Namun begitu saya berkesempatan melihat dengan mata saya sendiri bagaimana pencalonan dan pemilihan dijalankan. Bagi mimpi ngeri di siang hari, di masa para perwakilan sebulat suara mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai calon Ketua Pemuda Malaysia dan ianya ditutup. . Tiba-tiba salah seorang dari AJK yang duduk diatas pentas bangun dan berjalan kehadapan pentas. Beliau cuba bersuara namun ditentang oleh majoriti perwakilan. Beliau rupanya cuba membuat kacau tanpa berkata apa-apa. Adakah ini hanya  sandiwara dan cubaan bagi menarik perhatian pihak media yang sedang membuat liputan.

 

drm-baru4406 

Setelah di siasat, rupa-rupanya Mukhriz telah mengupah beliau bagi menaikan namanya walaupun sedar beliau tak mungkin akan menang. Ianya adalah usaha bagi memalukan Khairy di Rembau. Adakah ini amalan yang baik dari anak seorang bekas pemimpin Malaysia satu ketika dahulu. Tun sering menekankan masalah politik wang didalam UMNO tetapi anaknya sendiri terlibat sama. Harapan saya, Tun didiklah anakanda Mukhriz ini agar dia faham dengan apa yang diperjuangkan oleh Tun sejak sekian lama.

 

Perjuangan UMNO harus disegarkan kembali. Darah sejarah yang mengalir harus disemat kembali. Tiada siapa yang mengatakan perjuangan ini mudah. Tiada siapa yang mengatakan halangan yang bakal dirempuhi berliku dan penuh ranjau. Nilai kesetian itu harus ditanamkan semula. Perjuangan harus kembali ke landasan yang sebenar. Malah kepempinan masa hadapan haruslah mempunyai nilai dan buah fikiran yang akan mampu membawa bangsa Melayu ke tahap kegemilangan dan terbilang.