us-stock1 

 

Krisis ekonomi merupakan sesuatu peristiwa atau perkara yang menyebabkan kejatuhan ekonomi seluruh di dunia. Apabila ini berlaku ia juga mengakibatkan kelembapan ekonomi terhadap negara-negara yang mempunyai daganggan langsung mahupun tidak langsung di peringkat antarabangsa. Malah kerajaan Amerika Syarikat terpaksa membelanjakan 700 billion dollar duit pembayar cukai mereka bagi menyelamatkan mereka dari krisis ekonomi.

 

 ‘Bailout’ yang terpaksa dilakukan mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Mereka mengamalkan pasaran terbuka dan langkah yang diambil dilihat sebagai campurtangan kerajaan dalam sistem kewangan secara langsung sedangkan pada tahu 1997 apabila krisis kewangan melanda Malaysia dan pihak Kerajaan cuba membantu syarikat-syarikat kewangan yang terjejas teruk, merekalah negara yang awal-awal lagi mengatakan langkah yang diambil itu adalah salah dan tidak sepatutnya dilaksanakan. Tetapi apabila ianya berlaku pada mereka, langkah yang mereka ambil tidak megapa. Bukankah itu dinamakan berat sebelah?

 

Kita juga dapat lihat parti “Republicans’ dan ‘Democrat’ mencapai kata sepakat dalam hal ini walaupun mempunyai fahaman yang berbeza tetapi disebabkan kepentingan rakyat mereka bersatu.

 

Berbanding di Malaysia dimana memperlihatkan kepentingan parti menjadi keutamaan. Saya bukanya ahli politik tetapi saya merasa perkara ini amat memalukan di mana permasalahan seperti ini terjadi di Malaysia. Bukankan di saat Malaysia berdepan dengan impak kelembapan ekonomi, rakyat Malaysia seharusnya bersatu tanpa mengira fahaman dan ideology politik. Apa yang penting sekarang memastikan rakyat tidak dibebani dengan krisis ini. Ini tidak, pihak pembangkang terus menerus mengambil kesempatan walaupun ianya akan menyebabkan ekonomi negara terjejas.

 

Segala langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh  pihak Kerajaan sentiasa dipandang serong oleh pihak pembangkang. Sebagai contoh rebet tunai yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat yang menggunakan kereta dibawah 2000cc merupakan tindakan yang amat adil dan bijaksana tetapi ianya terus diselar dengan tomahan-tomahan yang negatif oleh parti pembangkang. Penurunan harga minyak yang dilakukan juga sentiasa dikecam dan jadikan bahan bagi mereka terus menerus memburuk-burukkan lagi pihak Kerajaan.

 

Bermula dengan krisis subprima di Amerika Syarikat, kenaikan harga bahan api dan sterusnya krisis makanan. Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka akan terdedah secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan ini. Kenaikan kadar inflasi dan kelemahan nilai ringgit memburukkan lagi keadaan semasa.

 

Inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat banyak bilangan barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan Indeks harga pengguna. Oleh itu kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.

 

Jadi kenaikan harga barang yang mendadak dan nilai ringgit yang menurun akan memberi bebanan kepada pengguna. Walaupun pihak Kerajaan ada mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi menagani krisis ini namun begitu kerjasama dari pihak penjual dan peniaga amat diperlukan bagi memastikan kejayaanya. Adakah mereka akan sedia memberikan kerjasama atau hanya mementingkan keuntungan mereka dalam ekonomi pasaran terbuka.