AgongRaja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

-Source: Utusan Malaysia-

Merdeka

Dalam pembantukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan. Read More »

mederka-i

 

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Read More »

bankBank Negara Malaysia (BNM), pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.00 peratus.

“Sejak mesyuarat MPC yang lalu, ekonomi global telah menunjukkan tanda penstabilan dan keadaan dalam pasaran kewangan antarabangsa pada amnya bertambah baik,” kata BNM dalam satu kenyataan di sini.

Sungguh pun keadaan ekonomi di negara maju masih lagi lembap, BNM berkata, kadar kemerosotan aktiviti ekonomi semakin perlahan.

“Tanda-tanda juga menunjukkan aktiviti ekonomi di kebanyakan ekonomi serantau bertambah baik,” kata BNM.

BNM berkata, langkah untuk menstabilkan sistem kewangan di negara maju dan kesan terkumpul rangsangan fiskal dan monetari terus menyumbang kepada peningkatan secara beransur-ansur dalam aktiviti ekonomi di kebanyakan negara.

“Tanda penstabilan juga ditunjukkan pada suku kedua, dengan beberapa petunjuk seperti indeks pengeluaran perindustrian dan pemberhentian pekerja telah mencatatkan penurunan yang lebih perlahan,” katanya.

Pada masa hadapan, BNM berkata, keadaan pasaran pekerja dan sentimen perniagaan dan pengguna yang lebih baik akan menyokong permintaan dalam negeri.

Selain itu, pelaksanaan rangsangan fiskal yang lebih pesat, akses kepada pembiayaan yang berterusan dan kadar inflasi yang lebih rendah juga akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam negeri pada separuh kedua 2009 hingga ke tahun 2010, katanya.

“Seperti yang dijangkakan, inflasi terus menjadi sederhana dan bertukar menjadi negatif pada bulan Jun.”

“Penurunan inflasi sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan statistik yang mencerminkan kenaikan inflasi pada Jun 2008, apabila harga bahan api meningkat berikutan pengurangan dalam subsidi bahan api.”

BNM berkata, inflasi yang negatif dijangka hanya untuk sementara waktu dan akan bertukar menjadi positif apabila keadaan ekonomi dalam negeri bertambah baik.

“Berdasarkan penilaian yang dibuat, dengan kadar faedah semasa yang rendah dan rangsangan fiskal yang mula memberikan kesan, langkah dasar yang sedang dilaksanakan adalah memadai untuk memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi.” 

-Utusan Malaysia-

tok guru nik azizNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

“Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

“Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan ‘pergi jahanamlah UMNO’ ketika diminta mengulas ’salam’ kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, ’salam’ kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

“Lupakan saja hasrat tersebut,” ujarnya.

-Utusan Malaysia-