Category Archives: Politics

DAP buka cawangan Melayu dengan ketuanya Melayu

Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, “Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

“Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu,” kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

“Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan,” katanya.

dap_melayu

(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

“DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah,” kata Saiful yang berucap di majlis itu.

dap_azli2Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

“Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP,” kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.

-Sumber: Harakah website-

Gekko: Kalau sebelum merdeka mereka ni dah lama kena tikam dengan keris dah ni. TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA… tapi kalau sampai jadi macam ni, lebih baik hilang dari tidak mempunyai maruah dan harga diri.

tok guru nik azizNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

“Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

“Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan ‘pergi jahanamlah UMNO’ ketika diminta mengulas ’salam’ kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, ’salam’ kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

“Lupakan saja hasrat tersebut,” ujarnya.

-Utusan Malaysia-

nizargila1

 

“Kelakuan dan perbuatan Mohd Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak dari Pas menjejaskan nama baik Islam dan partinya. Beliau dilihat lebih menjiwai DAP daripada Pas, parti yang dianggotainya. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dan AJK Pas Pusat tidak sesuai lagi untuk beliau. Dia lebih DAP daripada ahli DAP lain dan lebih Cina daripada Cina lain.

Demikian komen seorang sahabat yang menelefon teman memberitahu kekesalannya terhadap tindakan Nizar yang turut serta di majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock kelmarin.

-Source Parpukari.blogspot.com

 

Gekko: Bukanlah ahli agama tapi kalau sampai pegang lilin tu bukan ajaran Islam rasanya… Kena tanya Ustaz kat kampung ni.

Pemuda UMNO mencadangkan muzakarah UMNO-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telah pun selesai. Bagi Pemuda UMNO, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang – bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua. 

Muzakarah seumpama ini menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan husnul dzon (bersangka baik) bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara. UMNO-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya.

Dari itu, perlu saya tekankan di sini bahawa UMNO tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan Kerajaan Perpaduan hasil muzakarah yang dijalankan. Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan UMNO – yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia. Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak. Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya Nasharudin Mat Isa.

Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda UMNO berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah.

 www.rembau.net

 

Gekko: Tak ada salahnya kalau nak berbincang dan bermuzakarah bagi kepentingan rakyat.

Boneka

Saya tertarik dengan gambar boneka Nurul Izzah ini. Megapa perlu ada boneka sebegitu? Adakah bagi para peminat mengambil gambar atau beliau seorang artis yang mengejar populariti?

 Wanita melayu Islam tidak harus di bonekakan sebegini rupa.  

Seorang pemimpin itu tidak seharusnya dipuja sebegini rupa… mana keISLAMANnya? Nurrul, jangan jadi boneka. 

 

Gekko: Memang tak berkenan dengan cara begini. Melayu digunakan oleh orang yang tak berguna.